Hubungan PCOS dan Kesihatan Mental Wanita – CS Leaflabs

Hubungan PCOS dan Kesihatan Mental Wanita

Hubungan PCOS dan Kesihatan Mental Wanita

Kesihatan mental merupakan topik yang agak sensitif dan tabu untuk dibincangkan, tetapi semakin hari banyak kempen kesedaran telah dilaksanakkan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental.

Tahukah anda wanita yang mempunyai masalah Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), merupakan golongan yang 3 kali ganda terdedah dengan masalah depresi dan kebimbangan. Hal ini sangat jarang dibincangkan secara umum.

Kesihatan mental merupakan salah satu fundamental kepada kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Kesihatan tubuh badan anda tidak tertakluk kepada kesihatan fizikal semata-mata tetapi ia juga merangkumi kesihatan mental dan emosi. 

Kesihatan mental memainkan peranan yang penting dalam kesemua aspek kehidupan harian kita dan ketidakseimbangan hormon mungkin boleh mengeruhkan lagi keadaan dan menyumbang kepada permasalahan ini. Dengan memahami punca utama penyakit ini, kita boleh menangani masalah ini dengan lebih mudah..

  • Bagaiman hormon memberi kesan kepada kesihatan mental?
  • Bagaimana PCOS boleh menyumbang kepada masalah kesihatan mental ?
  • Apakah simtop emotional yang perlu diperhatikan?

Bagaiman hormon memberi kesan kepada kesihatan mental?

Keadaan kesihatan mental boleh berpunca daripada masalah ketidakseimbangan hormon dan juga sebaliknya, jika anda mengalami ketidakseimbangan hormon anda berkemungkinan besar juga mengalami keadaan kesihatan mental.

Norepinephrine, dopamine, dan serotonin terkenal dalam bidang psikiatri sebagai  pengawal selia biokimia yang berkaitan dengan mood dan kesejahteraan psikologi kita.(1, 2, 3)

Berikut merupakan senarai hormon yang penting untuk kesihatan mental anda sebagai wanita:

Estrogen

Estrogen (E1,E2 dan E3) adalah kumpulan hormon yang memainkan peranan utama bagi physiology badan anda daripada aspek kesihatan tulang, ciri-ciri kewanitaan dan kestabilan emosi.

Memfokuskan pada kesihatan mental, estrogen mengawal neurotransmitter seperti serotonin, dopamin, epinefrin, dan norepinefrin, yang terlibat dalam pengawalan mood. Estrogen meningkatkan kedua-dua pengeluaran serotonin (bahan kimia "rasa baik" atau "gembira"), serta reseptor serotonin di otak. Estrogen terlibat dalam pengawalan endorfin, sekumpulan hormon yang merangsang laluan fisiologi yang berkaitan dengan menghalang kesakitan dan membawa euforia dan kebahagiaan. Tahap estrogen yang turun naik dikaitkan dengan perubahan mood dan ketidakselesaan.

Tahap estrogen yang rendah dikaitkan dengan tahap serotonin yang lebih rendah, yang boleh menyebabkan perubahan mood, kemurungan, masalah menumpukan perhatian, keletihan dan ketidakselesaan . Paras estrogen yang terlalu tinggi bersama-sama dengan paras progesteron yang rendah, dikenali sebagai dominasi estrogen, dikaitkan dengan kemurungan,ketidakselesaan, keletihan, masalah ingatan, kabus mental, dan juga kebimbangan.

Progesterone

Selain daripada perubahan kepada sistem reproduktif yang berkaitan dengan progesterone, paras progesterone yang terlalu tinggi juga mempunyai kaitan dengan peningkatkan sensitiviti amigdala (bahagian otak yang dikaitkan dengan tindak balas panik melawan atau lari) dimana ini akan menyumbang kepada kebarangkalian untuk menghidap masalah kebimbangan, depresi, insomnia dan murung.(4) Manakala kadar progesterone yang rendah akan menyumbang kepada masalah estrogen dominan dan perubahan mood seperti kebimbangan, depresi, kabus mental, ketidakselesaan dan banyak lagi.

Androgens DHEA and DHEA-S

Dehydroepiandrosterone (DHEA) dan ia dalam bentuk sulfat DHEA-S ialah hormon paling pekat yang dihasilkan secara semula jadi dalam badan kita. Sebagai ketua kepada hormon lain seperti testosteron dan estrogen, DHEA adalah penting untuk membolehkan badan berfungsi dengan sihat.

Kadar hormon DHEA dan DHEAS yang rendah dikaitan dengan masalah depresi, dan terdapat beberapa kajian mendapati keputusan yang positif bagi rawatan warga emas yang mengalami depresi dengan menggunakan suplemen DHEA (5, 6). Walaubagaimanapun suplemen DHEA mempunyai potensi untuk meningkatkan hormon testosterone dan kesan sampingannya adalah hirsutism, rintangan insulin, insomnia dan kitaran haid yang tidak stabil.

Thyroid Hormones T3 (Triiodothyronine) and T4 (Thyroxine)

Kebiasannya tiroid dikaitan dengan masalah metabolic, metabolism memberikan kesan kepada kadar tenaga kepada seluruh badan. Hormon Perangsang Tiroid (TSH) akan mengaktifkan kelenjar tiroid untuk merembeskan hormon T3 dan T4.

T3 dan T4 ialah pengawal selia mood yang mempengaruhi kadar metabolisme, dan oleh itu boleh dikaitkan secara langsung dengan tahap tenaga dan emosi anda

Kortisol

Dikenali secara meluas sebagai "hormon tekanan atau stress", kortisol ialah hormon penting yang terlibat dalam tindak balas melawan atau lari. 

Disebabkan oleh gaya hidup yang sibuk, badan kita sering kali berdepan dengan tekanan  kronik tidak berpenghujung. Oleh kerana ini, kelejar adrenal akan sentiasa mengeluarkan hormon kortisol dan merangsang kerandangan kronik di seluruh badan. Selain meningkatkan masalah gula yang tinggi dalam badan, tekanan darah dan pengumpulan lemak, kenaikkan kadar kortisol dan keradangan berkait rapat dengan kenaikkan kadar depresi, kebimbangan dan keadaan kesihatan mental.

Selain itu, dilaporkan hormon Serotonin juga akan menjadi tidak stabil apabila hormon kortisol meningkat, badan berada dalam tekanan stress yang kronik dan keradangan.(7)

Sumber kortisol yang berlebihan boleh disebabkan kerana tumor adrenal, gangguan genetik, atau menghidapi tekanan kronik akibat kerja, senaman, masalah peribadi dan kehidupan secara umum. Pengubahsuaian gaya hidup, seperti kesedaran dan meditasi, boleh membantu mengurangkan tekanan dan tahap kortisol.

Bagaimana PCOS boleh menyumbang kepada masalah kesihatan mental ?

Wanita yang mempunyai PCOS adalah 3 kali lebih berkemungkinan mengalami kebimbangan dan/atau kemurungan berbanding orang yang tidak mempunyai PCOS dan lebih berkemungkinan untuk menghidapi simptop yang lebih kronik.

Walaupun sebab sebenar kaitan antara keadaan ini tidak diketahui, banyak gejala PCOS, seperti hirsutisme, ketidaksuburan, turun naik berat badan, dan ketidakbolehan mengawal masalah kesihatan tubuh badan boleh juga menyumbang kepada depresi.

Sesetengah kajian telah mencadangkan bahawa masalah rintangan insulin atau paras androgen yang lebih tinggi boleh menjadi faktor yang mempengaruhi wanita yang mempunyai PCOS untuk mewujudkan keadaan masalah mental.

Kesihatan mental juga boleh dipengaruhi oleh tahap tenaga kita sepanjang hari,  jika kita sentiasa rasa letih, sebenarnya lebih mudah untuk mempunyai masalah kebimbangan dan kemurungan. Keletihan, insomnia dan gangguan tidur yang lain, dan kabus otak adalah semua gejala biasa PCOS. Pertimbangkan fakta berikut tentang PCOS, irama sirkadian, dan kualiti tidur:

  • Kajian telah menunjukkan wanita dengan PCOS mempunyai kondisi dimana serum melatonin meningkat di tengah malam berbanding mereka yang tidak mempunyai PCOS (Sepatutnya serum melatonin perlu meningkat semasa waktu sebelum tidur dan hal ini menunjukkan pola tidur yang tidak berkualiti dan menganggu irama sirkadian). Walaupun punca yang sebenar masih belum diketahui tetapi kemungkinan paras androgen yang tinggi biasanya terjadi pada wanita dengan PCOS.
  • Suplemen melatonin yang bertujuan untuk mengawal pengeluaran hormon ini menunjukkan dapat mengurangkan tahap androgen dan meningkatkan fungsi metabolik untuk penghidap PCOS. (8, 9)
  • Ramai pengidap PCOS melaporkan keletihan pada waktu siang. Dalam kajian terhadap 59 remaja perempuan dengan PCOS, didapati bahawa offset melatonin kemudiannya dikaitkan dengan ketidakselarasan sirkadian, yang dikaitkan dengan masalah metabolik.(10)
  • Bukti menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai PCOS mempunyai tindak balas yang tinggi terhadap tekanan berbanding orang yang tidak mepunyai masalah ini  (11). Memandangkan terdapat hubungan antara gangguan tidur dan tahap kortisol yang tinggi, kemungkinan kecenderungan untuk mempunyai tindak balas tekanan yang lebih sengit memberi kesan kepada kualiti tidur pada waktu malam. (8)
  • Terdapat hubungan yang kuat antara gangguan tidur dan rintangan insulin, dengan bukti menunjukkan hubungan ini  boleh menjadi kitaran ganas jika tidak dibendung.(8)

Apakah simtop emotional yang perlu diperhatikan?

1 daripada 4 orang dewasa mengalami masalah kesihatan mental pada satu ketika dalam hidup mereka, dan ketidakseimbangan hormon menyebabkan anda lebih cenderung untuk jatuh ke dalam kategori ini. Berikut adalah tanda-tanda biasa bahawa sudah tiba masanya untuk mendapatkan sokongan:

  • Kebimbangan
  • Ketidakselesaan
  • Kemurungan
  • Insomnia atau masalah dengan tidur
  • Perubahan emosi
  • Kesukaran menumpukan perhatian
  • Ingatan jangka pendek luput
  • Penurunan ketajaman mental / kabus otak
  • Masalah dengan berat badan atau selera makan
  • Gangguan obsesif kompulsif (OCD) atau corak pemikiran kompulsif
  • Perasaan putus asa
  • Fikiran tentang kematian atau bunuh diri





Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping