5 Rahsia Tingkatkan Kualiti Tidur – CS Leaflabs

5 Rahsia Tingkatkan Kualiti Tidur

5 Rahsia Tingkatkan Kualiti Tidur

Adakah anda tahu bahawa 9 dari 10 rakyat Malaysia mempunyai masalah sukar untuk tidur.

Gangguan tidur berlaku apabila seseorang mempunyai tanda-tanda atau pola tidur yang tidak teratur, gangguan tidur dan insomnia. Ia biasanya dikaitkan dengan bebanan kerja dan persekitaran di tempat kerja, ini akan  menyebabkan stress.

Bagaimanakah cara untuk mempunyai kualiti tidur yang lebih baik?

1. Tidur dibilik yang gelap

Ini kerana otak kita akan menerima signal apabila badan berada dalam kondisi yang gelap ia akan merembeskan hormon melatonin. 

Lampu dalam bilik tidur terutamanya "blue light", boleh memperdayakan otak untuk menyangka yang situasi masih siang dan akan mengurangkan pengeluran melatonin.

2. Tidur ditempat yang sunyi dan sejuk

Untuk membolehkan anda mudah tidur, suhu teras badan anda perlulah turun sedikit. Pastikan anda menggunakan selimut dengan ketebalan yang sesuai dan bilik anda mempunyai kipas atau penyaman udara.

3. Lakukan rutin yang sama sebelum tidur

Lakukan rutin yang sama sebelum tidur, ia berfungsi sebagai isyarat kepada otak anda untuk mula menghasilkan melatonin. Contohnya seperti membaca, minum teh herba,atau lakukan meditasi.

4. Jauhkan diri daripada katil kecuali masa nak tidur

Elakkan menonton TV atau lakukan kerja di atas katil, ini akan dapat mengelakkan untuk anda terlalu banyak berfikir. Jika anda mempunyai terlalu banyak perkara yang dipikirkan, letak notepad di sebelah katil dan tulis di notepad tersebut apa-apa yang anda fikirkan dan lihat semula selepas bangun dari tidur!

5. Kurangkan pengambilan kopi

Jika anda jenis yang gemar mengambil kopi selepas makan tengah hari, mungkin boleh tukar kan dengan teh herba. Ini kerana caffeine boleh menggangu circadian rhythm dalam badan.

Dah cuba kelima-lima cara ini tapi masih tidak berkesan?

Anda boleh pertimbangkan pengambilan minuman botanikal Feminira, dimana ia ia akan menyokong secara natural penghasilan hormon melatonin. Jika badan anda penat tapi masih tidak boleh tidur walaupun dah ada di atas katil, selepas pengambilan Feminira anda akan tertidur dalam masa 30 minit dan mendapat tidur yang lebih lena.

Bersama-sama dengan memperbaiki kualiti tidur, Feminira boleh membantu memperbaiki masalah metabolik dan hormon pada wanita dengan PCOS.

Menariknya, ovari kita mempunyai reseptor untuk melatonin dan memerlukan kadar yang mencukupi untuk berfungsi secara optimum. Wanita dengan PCOS lebih berkemungkinan mempunyai paras melatonin yang rendah, dan ini mungkin menyumbang kepada beberapa gejala utama PCOS.




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping