4 Sindrom Pasca COVID-19 – CS Leaflabs

4 Sindrom Pasca COVID-19

4 Sindrom Pasca COVID-19

Pada masa ini, banyak kajian telah dilakukan untuk memantau gejala jangka panjang pesakit pasca-Covid-19. Beberapa kajian menyatakan bahawa pesakit pasca-Covid-19 akan mengalami sekurang-kurangnya satu gejala dalam 14- 180 hari

Secara umum, Coronavirus akan mempengaruhi organ dalaman kita seperti jantung, paru-paru, otak dan buah pinggang. Oleh itu, berdasarkan kajian sistemik, lima gejala paling biasa adalah keletihan (58%), sakit kepala (44%), gangguan perhatian (27% ), keguguran rambut (25%), dan dispnea (24%) di kalangan pesakit pasca-covid-19.

Figure 1

Bagaimana gejala ini mempengaruhi pesakit pasca-Covid-19?

1. Keletihan

Anda akan merasa letih apabila jatuh sakit atau baharu sembuh dari sebarang penyakit. Keletihan yang dikategorikan oleh keletihan berterusan yang tidak dapat dihilangkan oleh tidur atau rehat. Anda akan rasa seperti  perlu tidur lebih banyak setelah pulih dari COVID-19 (coronavirus).

2. Sakit Kepala

Simptop pasca COVID-19 boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk kepada segelintir pesakit pasca COVID-19, ia juga boleh menyebabkan simptop ini berlanjutan untuk tempoh masa beberapa bulan.

Simptop ini boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk di seluruh kepala. Kesakitan yang dirasakan tidak seperti migrain,di mana penyakit migrain hanyalah kesakitan tunggal menyebabkan pesakit rasa kepala berdenyut disebabkan oleh kepekaan cahaya atau suara. 

3. Keguguran Rambut

Bagi kebanyakan orang, kehilangan rambut mungkin menjadi punca ganguan emosi. Pesakit yang telah pulih dari Covid-19 mengalami keguguran rambut yang lebih besar kerana tekanan dan keradangan yang disebabkan oleh jangkitan virus.

Pakar mengatakan bahawa tekanan fizikal dan mental kerana kes COVID-19 boleh menyebabkan telogen effluvium, gangguan keguguran rambut yang dapat dirawat.

Antara beberapa punca keguguran rambut disebabkan oleh pasca-Covid-19 adalah kekurangan nutrisi, demam panas semasa jangkitan virus, penurunan berat badan dan kegelisahan, perubahan hormon yang cepat dan tindak balas keradangan pasca-Covid-19.

4. Dispnea

Dispnea, biasanya dikenali sebagai sesak nafas, pesakit akan merasa sesak di dada yang menghalang pesakit menarik nafas dalam-dalam. Ini merupakan gejala yang membawa pelbagai penyakit, termasuk asma, kegagalan jantung, dan penyakit paru-paru.

Satu kajian mendapati bahawa lebih daripada 40 peratus pesakit mengalami dispnea iaitu 60-90 hari selepas jangkitan COVID-19, menurut dua kajian lain. Ketika pesakit diperiksa 60 hari setelah penyakit akut, 30 peratus menderita dispnea.

Kesimpulanya, pesakit pasca-COVID-19 disarankan untuk mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan nutrisi untuk memastikan tubuh mereka dapat sembuh dari dalaman.

Makanan yang sihat dan suplemena  yang tinggi antioksidan, agen anti-radang, dan penguat imuniti diperlukan untuk memperbaiki dan mencegah kerosakan organ yang disebabkan oleh Coronavirus pada pesakit pasca-COVID-19.

Sumber:



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping